~~~Al Fatihah buat ABAH~~~

Monday 25 April 2011
Abah.....14 Nov 1946- 13 April 2011

Bercakap tentang kehilangan, amat berat untuk kita menerima kenyataan itu walaupun lambat-laun kita tahu tiada apa yg kekal di dunia  ini.
Kehilangan yg paling mendugaku ialah kehilangan arwah abah, orang yang aku cukup sayang pergi buat selama-lamanya dalam sekelip mata, tanpa aku di sisinya pada ketika itu.

Bagaimana aku dapat melupakan abah, insan yang sangat menyayangi aku, insan yang berkorban apa saja untuk aku, insan yg sanggup menggadaikan apa saja termasuk nyawanya demi aku. Kehilangan abah cukup memeritkan,  bila aku kehilangan insan lain setakat ini, aku masih mampu mengawal perasaanku kerana sudah tentu kesedihan itu tidak sama seperti mana aku kehilangan abah.Terasa sangat2 sayu, terasa sangat2 kerinduan aku padanya,,,
 Thanks buat kwn2 yang byk memberi semangat kepadaku...Ya Allah, Tabahkanlah hatiku, adik beradikku dan ummiku dalam menghadapi kehilangan ini...