My lUV And Prayers r With U

Monday, 9 May 2011


 SEBESAR MANA PUN KASIH KITA SESAMA MANUSIA, IA TIDAK AKAN MAMPU MELAWAN KASIH TUHAN KEPADA HAMBA-NYA. DIA YANG MENDATANGKAN KITA KE ALAM INI, DAN DIALAH YANG LEBIH BERHAK MENGAMBILNYA SEMULA APABILA TIBA MASA YANG DITETAPKAN-NYA. DAN MASA ITU TIDAK AKAN PERNAH TERLEWAT ATAU TERCEPAT WALAU SEMINIT PUN. TIDAK KIRA BETAPA USIA KITA KETIKA ITU, SAMA ADA SUDAH MENJADI PELEPAH TUA ATAUPUN MASIH BARU BERPUTIK.

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah Al-Imran ayat 200)


SELAMAT HARI IBU...

Selamat Hari Ibu buat Ummi Hjh Rosnani....
Semoga Ummi tabah untuk menjalani hidup wpun tanpa abah di sisi...
terima kasih atas segalanya...luv u so much...